Geografi Saint Kitts dan Nevis

Saint Kitts dan Nevis terletak di Kepulauan Leeward yang menjadi sebahagian daripada Antillen Kecil. Negara ini terdiri dari dua pulau utama, Saint Kitts dan Nevis yang dipisahkan sejauh 3 km oleh Selat Narrows atau The Narrows.[4] Kedua-duanya berasal daripada aktiviti gunung berapi, dengan puncak-puncak pusat yang besar di dalam hutan hujan tropika.[5] Ada banyak sungai yang turun dari pergunungan di kedua-dua pulau yang menyediakan air bagi penduduk setempat.

Saint Kitts terdiri daripada beberapa barisan pergunungan di tengah pulau yang menempatkan puncak tertinggi negara, Gunung Liamuiga yang berketinggian 1,156 meter.[4] Pantai timur pulau menempatkan Bukit Kanada dan Bukit Conaree. Pulau menyempit di bahagian tenggara lalu membentuk semenanjung dengan badan air terbesar, Tasik Great Salt. Nevis, pulau yang lebih kecil daripada Saint Kitts dan agak berbentuk bulat, didominasi oleh Puncak Nevis dengan ketinggian 985 meter.[5]

Iklim

Saint Kitts memiliki iklim savana tropika manakala Nevis memiliki iklim monsun tropika.[6] Julat suhu tahunan negara adalah kecil, iaitu daripada 23.9 °C ke 26.6 °C Taburan hujan tahunan purata ialah 2,400 milimeter.[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Saint Kitts dan Nevis //scholar.google.com/scholar?q=%22Saint+Kitts+dan+... //www.google.com/search?&q=%22Saint+Kitts+dan+Nevi... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Saint... //www.google.com/search?q=%22Saint+Kitts+dan+Nevis... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Saint+Kitts... http://pdba.georgetown.edu/Constitutions/Kitts/kit... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/we... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... http://hdr.undp.org/en/content/2019-human-developm... http://hdr.undp.org/hdr2006/statistics/countries/d...